Ramai yang bertanyakan tentang cara-cara untuk mengisi semula (refill) cartomizer dengan e-liquid. Di bawah akan ditunjukkan langkah demi langkah untuk melakukannya:
 1. Buka penutup silikon (rubber cover) dari cartomizer 
Picture
2. Buka penutup cartomizer (soft cap) menggunakan penyungkil dengan perlahan untuk
    mengelakkan filler di dalam cartomizer rosak.
Picture
Picture
3. Dengan menggunakan penyuntik (syringe/injector) perlahan-lahan masukkan e liquid di 
    bahagian tepi filler, bukan ditengah-tengah. masukkan sedikit demi sedikit sehingga kesemua
    liquid sama rata pada filler. Selain menggunakan penyuntik, kaedah titik (drop) juga boleh
    digunakan. Titik liquid perlahan-lahan ditepi filler secara sama rata. Jika liquid dimasukkan
    secara banyak sekaligus, liquid akan tersekat (clog) diatas filler, liquid tidak akan sampai
    pada filler dibahagian bawah.
Picture
Picture
4. Setelah semua selesai, letakkan semula penutup cartomizer (soft cap) dan biarkan dahulu
    selama 5 ~ 15 minit sebelum digunakan, ini untuk memastikan kesemua liquid meresap
    ke dalam filler secara sama rata.

Peringatan:
Setiap cartomizer yang baru memerlukan sekurangnya-kurangnya 20~30 titik (0.6~0.8ml) untuk isian yang pertama. Hendaklah dimasukkan pada bahagian penutup dan juga pada "connector". Ini untuk memastikan liquid betul-betul meresap pada "filler" dan juga "coil". Dengan cara ini, cartomizer dapat dielakkan dari terbakar dan rosak.

Pada isian yang seterusnya, cartomizer hanya memerlukan 5~10 titik sahaja bergantung pada keadaan "filler". Masukkan "liquid" pada bahagian penutup sahaja. Pastikan "filler" cartomizer sentiasa dalam keadaan yang lembab, untuk memastikan ia tidak mudah rosak dan dapat digunakan dalam tempoh yang lama.
 



© Copyright BigVapors.com 2010 - 2013 - All Rights Reserved